yakin pada Allah bukanlah mgharap terkabulnya segala harapan,
yakin pada Allah bukanlah keindahan nikmat,
yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuanNya,
rasa bahagia dgn ujian walaupun perit,
di situ air mata yg menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka,
indahnya tarbiyah Allah,
tersirat rahmat dan hikmah,
diuji kita sebgai tanda sayang dan kasihNya..
~InsyaAllah~
" Orang yang kurang ditimpa kesulitan, jiwanya akan lemah sebagaimana orang yang kurang bekerja, badannya lemah. Bersyukurlah apabila diuji dengan kesulitan kerana dengan itu kita mempunyai jiwa yang kuat dan tabah...wallahualam...
Thursday, January 10, 2013
impianku...
Alhamdulillah akhirnya aku kini bergelar seorang isteri..ini llah impianku dan doa sejak dialam persekolah lagi..ustazah pernah berpesan apa sahaja yang diinginkan kita doa dari awal..akhirnya dipertemukan jodoh bersama suamiku hasil usaha melalui orang tengah..walaupun tidak mengenalinya...bersyukur dengan kurniaakn Allah dan yakin atas pertolongannya. serta tawakal padaNya... dikurniakan seorang suami yang baik.. apabila berkahwin dengannya terasa diri ini banyak yang perlu diperbaiki..terasa ceteknya ilmu ini...bagi diriku dia mempunyai ciri-ciri suami yang semua orang impikan..itulah jodoh setiap orang ada jodohnya yg Allah tetapkan..wallahualam..semoga kurnian dan amanah ini dapat memimpinku ke syurga Allah.. setiap insan itu sentiasa berusaha menjadi yang terbaik...wallahualam..
" Apabila kita rasa diri disayangi kita akan melakukan sesuatu perkara dengan baik..seorang anak menjadi anak yang baik apb merasa diri disanyangi ibu bapa, seorang pelajar menjadi pelajar cemerlang apb rasa diri disayangi guru, seorang isteri berusaha menjadi isteri yang baik apb disayangi suaminya dan semestinya menjadi hamba yang mulia apabila dirinya rasa diri disayangi oleh penciptanya..."

Thursday, June 7, 2012
lemah lembutnya wanita...
Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah Dan lembut.....
besar perbezaannya
Namun Ada yang tidak rela mengakuinya
Telah ditakdirkan ...
kerana lembut , wanita tidak gemar perbalahan..
Kecuali jika terpaksa, Lalu wanita pun diam
Diam seolah-olah menerima...
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja
Di pejabat sebagai kerani...di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh Hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari
Lelaki yang mengaku kuat , celik Mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat...di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah...bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah...bersantai di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton TV sambil tergelak
Dalam diam wanita dianggap lemah...terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju
Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud...
Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersandar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati... Ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita....
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adab tradisi
Hukum agama telah terpapar
Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati
Dalam diam
Wanita yang sering
dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan
Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,
Tak guna Ada MATA kalau tak dapat MELIHAT,
Tak guna Ada HATI kalau tak tahu MENILAI....

Wednesday, May 30, 2012
Nasihat al-Qamah: Lima cara pilih sahabat
daripada seorang sahabat...
NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:
Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya,
Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya,
dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu,
Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu,
dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu,
dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).
Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu,
Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu,
ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna,
dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.
Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi,
Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi,
jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu,
dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja.
Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja.
Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya,
dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."
"sampaikan! lah walau satu ayat" al hadis LAA HAULAWALA QUWWATAILLA BILLAH
"sampaikan! lah walau satu ayat" al hadis LAA HAULAWALA QUWWATAILLA BILLAH
Tuesday, May 29, 2012
ya Allah.....
Aku datang bersujud dihadapan-Mu,
Sucikan hatiku ya Allah, sehingga dapat
melaksanakan kehendak dan rencana-Mu dalam hidupku.
Ya Allah, jika tulang rusukku bukan miliknya,
Janganlah biarkan aku merindukan kehadirannya.
Janganlah biarkan aku melabuhkan hatiku di
hatinya.
Kikislah pesonanya dari pelupuk mataku
Dan usirlah dia dari relung hatiku.
Gantilah damba kerinduan dan cinta yang
bersemayam di dada ini dengan kasih dari dan pada-Mu yang tulus dan murni.
Tolonglah aku menguruskan perasaan ini sebaiknya.
Namun jika Kau ciptakan dia untuk ku, ya Allah,
Tolong satukan hati kami.
Bantulah aku untuk mengasihi, mengerti dan
menerima dia seutuhnya.
Berikanku kesabaran, ketabahan aku memahaminya.
Berikan aku kesabaran, ketekunan, dan kesungguhan
untuk memenangkan hatinya.
Begitu jua dia agar dia juga mengasihi, mengerti
dan mahu menerima diriku
Dengan segala kelebihan dan kekurangan ku
sebagaimana aku yang telah Kau ciptakan.
Yakinkanlah aku dan dia bahwa kami
sungguh-sungguh mengasihi dan rela membahagi suka dan duka bersama.
Ya Allah yang Maha Pengasih, dengarlah doa
hambamu ini.
Lepaskanlah diriku dari keraguan ini menurut
kasih dan kehendak-Mu.
Ya Allah Yang Maha Kekal, Ya Wajid aku tahu
Engkau senantiasa memberikan yang terbaik buat diriku. Menemukanku dengan
dirinya.
Luka, sedih, kesunyian dan keraguan yang aku
alami pasti ada hikmahnya.
Dugaan ini mengajar diriku untuk hidup makin
dekat pada-Mu,
untuk lebih peka terhadap suara-Mu yang
membimbing aku menuju terang-Mu.
Ajarlah diriku untuk tetap setia dan sabar
menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan.
Jadilah kehendak-Mu dan bukan kehendak ku yang
jadi dalam setiap bahagian hidup ku, ya Allah...
Amin...
Tuesday, May 1, 2012
Pesan Lukmanul hakim...
Assalamualaikum…
Diriwayatkan oleh para
tabi'in bahawa sebuah kisah Luqmanul Hakim berjalan bersama anak lelakinya
berserta seekor keldai peliharaannya.
Berkata Luqmanul Hakim kepada anaknya
"Anakku, kita akan melintasi 4 buah pekan yang berlainan. Maka perhatikanlah apa yang diperkatakan oleh para penduduk pekan..."
Pekan pertama
Luqmanul Hakim berjalan kaki manakala anak lelakinya pula menunggangi keldainya. Tatkala memasuki pekan pertama, telah berkata para penduduk pekan tersebut
"Alangkah teruknya si anak muda itu!! Dia telah membiarkan si tua itu berjalan kaki, manakala budak muda itu pulak menunggang keldai. Apakah anak itu tidak takut balasan Allah terhadap anak derhaka?? Kejam sungguh anak muda itu!!"
Pekan kedua
Oleh kerana kritikan penduduk pekan pertama, maka Luqmanul Hakim pulak yang menunggang keldai, manakala anaknya pula berjalan kaki. Tika mereka melintasi pekan kedua, berkata pula para penduduk pekan kedua
"Alangkah kejamnya si bapak budak itu. Dia membiarkan anaknya itu berjalan kaki manakala dia pula bersenang lenang menunggang keldai. Tidak ada perasaan kasihan langsung! Malang sungguh anak itu."
Pekan ketiga
Disebabkan kritikan penduduk pekan kedua, maka kedua anak beranak itu membuat keputusan untuk menunggang keldai mereka. Ketika melintasi pekan ketiga, telah berkata para penduduk pekan ketiga
"Alangkah kejamnya mereka terhadap keldai itu. Mereka sudah tahu keldai itu membawa barang, lalu dibebani pula dengan mereka berdua. Mereka adalah manusia yang tidak berhati perut langsung!! Kejam terhadap binatang!!"
Pekan keempat
untuk mengelakkan mereka dikritik, Luqmanul Hakim & anak lelakinya memutuskan untuk berjalan kaki bersama-sama beserta keldai mereka. Apabila memasuki pekan terakhir, telah berkata para pendudk pekan keempat
"Alangkah bodohnya mereka itu. Tidakkah mereka tahu bahawa Allah telah menjadikan keldai untuk tunggangan? Sesungguhnya mereka berdua adalah orang yang bodoh & tidak pandai menggunakan nikmat Allah"
Sesudah itu, berkata Luqmanul Hakim kepada anaknya
"Wahai anakku, perbuatlah apa yang pada kamu rasa ia adalah terbaik untuk kamu selagimana ia dalam syariat kerana sesungguhnya manusia ini penuh dengan syak wasangka yang buruk"
"Hiduplah secara mulia, berjihadlah kamu kepada Allah dan matilah secara terhormat"

Emm banyak pengajaran
yang dapat kita ambil dari cerita ini…
Hakikat Kehidupan...
Sentiasa bersyukur
dengan rahmat dan ujian yg Allah beri. Kita perlu fikir setiap hikmah dlm
setiap dugaan yang Allah berikan. Sentiasa bermohon diberi hati yang kuat utk
hadapi ujian tersebut, sebab kita manusia biasa yang tidak sempurna. Yang boleh
hadapi ujian dgn cara yang paling tenang. Sentiasa bermohon pada Allah diberi
petunjuk setiap kali ditimpa musibah dan kesakitan kerana hanya dia yang
memahami hati ini, kerana Dia yang menciptannya dan hanya padaNya penawarNya..
Subscribe to:
Comments (Atom)