Tuesday, May 1, 2012

Pesan Lukmanul hakim...


Assalamualaikum…

Diriwayatkan oleh para tabi'in bahawa sebuah kisah Luqmanul Hakim berjalan bersama anak lelakinya berserta seekor keldai peliharaannya.
Berkata Luqmanul Hakim kepada anaknya
"Anakku, kita akan melintasi 4 buah pekan yang berlainan. Maka perhatikanlah apa yang diperkatakan oleh para penduduk pekan..."

Pekan pertama
Luqmanul Hakim berjalan kaki manakala anak lelakinya pula menunggangi keldainya. Tatkala memasuki pekan pertama, telah berkata para penduduk pekan tersebut
"Alangkah teruknya si anak muda itu!! Dia telah membiarkan si tua itu berjalan kaki, manakala budak muda itu pulak menunggang keldai. Apakah anak itu tidak takut balasan Allah terhadap anak derhaka?? Kejam sungguh anak muda itu!!"

Pekan kedua
Oleh kerana kritikan penduduk pekan pertama, maka Luqmanul Hakim pulak yang menunggang keldai, manakala anaknya pula berjalan kaki. Tika mereka melintasi pekan kedua, berkata pula para penduduk pekan kedua
"Alangkah kejamnya si bapak budak itu. Dia membiarkan anaknya itu berjalan kaki manakala dia pula bersenang lenang menunggang keldai. Tidak ada perasaan kasihan langsung! Malang sungguh anak itu."

Pekan ketiga
Disebabkan kritikan penduduk pekan kedua, maka kedua anak beranak itu membuat keputusan untuk menunggang keldai mereka. Ketika melintasi pekan ketiga, telah berkata para penduduk pekan ketiga
"Alangkah kejamnya mereka terhadap keldai itu. Mereka sudah tahu keldai itu membawa barang, lalu dibebani pula dengan mereka berdua. Mereka adalah manusia yang tidak berhati perut langsung!! Kejam terhadap binatang!!"

Pekan keempat
untuk mengelakkan mereka dikritik, Luqmanul Hakim & anak lelakinya memutuskan untuk berjalan kaki bersama-sama beserta keldai mereka. Apabila memasuki pekan terakhir, telah berkata para pendudk pekan keempat
"Alangkah bodohnya mereka itu. Tidakkah mereka tahu bahawa Allah telah menjadikan keldai untuk tunggangan? Sesungguhnya mereka berdua adalah orang yang bodoh & tidak pandai menggunakan nikmat Allah"

Sesudah itu, berkata Luqmanul Hakim kepada anaknya
"Wahai anakku, perbuatlah apa yang pada kamu rasa ia adalah terbaik untuk kamu selagimana ia dalam syariat kerana sesungguhnya manusia ini penuh dengan syak wasangka yang buruk"



"Hiduplah secara mulia, berjihadlah kamu kepada Allah dan matilah secara terhormat"

Emm banyak pengajaran yang dapat kita ambil dari cerita ini…

No comments:

Post a Comment