Sunday, November 20, 2011

untukmu dan jua untukku.....


“ jika kau rasa lelah dan tidak berdaya
Daripada usaha yang sepertinya sia-sia
Allah tahu betapa harus engkau sudah berusaha
Ketika kau sudah menangis sekian lama
Dan hatimu masih terasa pedih
Allah sudah menghitung air matamu
Jika kaufkir bahawa hidupmu
Sedang menunggu sesuatu
Dan waktu terasa berlalu begitu sahaja
Allah sedang menunggu bersama denganmu
Ketika berfikir bahawa kau sudah mencuba
Segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi
Allah punya jawapannya
Ketika segala sesuatu menjadi tidak
Masuk akal dan kau berasa tertekan
Allah dapat menenangkanmu
Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan
Allah sedang berbisik kepadamu
Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan
 berasa ingin mengucap syukur
Allah telah memberimu rahmat
Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau
Dipenuhi ketakjuban
Allah telah tersenyum padamu
Ketika kau memiliki tujuan untuk
Dipenuhi dan mimpi untuk digenapi
Allah sudah membuka mataku
Dan memanggil dengan namumu
Ingatlah bahawa di mana kau atau
Ke mana pun kau menghadap
Allah SWT maha tahu dan maha mendegar..

Ya allah …
Jika Engkau ciptakan dia untukku.
Tolong satukan hati kami,
Bantulah daku untuk mencintai,
Memahami dan menerima dia seutuhnya.
Berikan aku kesabaran, ketekunan, dan
Kesungguhan untuk memenangi hatinya

Jadikan kehendak-Mu dan
Bukan kehendak aku dalam
Setiap bahagian hidupku
Amin..

Ya tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindkan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami dan tetaplah penderian kami…

No comments:

Post a Comment