Wednesday, January 18, 2012

qalbu...


http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTrL1QXRehRGvUbM_IBPuskFPykREMzUEn8sFC6pWFV9w9w8-7Jmw&t=1Sungguh hati itu mempunyai keresahan yang tidak dapat dihaluskan
kecuali dengan kembali menghadap kepada Allah,
Hati juga mempunyai rasa terancam yang tidak dapat dihilangkan
kecuali dengan suasana intim dan dekat dalam bersendirian bersama Allah,
Hati juga mempunyai kesedihan yang tidak mampu diusir
kecuali dengan rasa bahagia yang muncul dari ma'rifah kepada Allah dan hubungan yang baik denganNya,
Hati juga mempunyai kegelisahan yang tidak  ditenangkan
kecuali dengan berhimpun kepada Allah dan lari mendekat kepadaNya,
Hati juga mempunyai api yang membakar yang tidak boleh dipadamkan
kecuali dengan redha terhadap perintah, larangan, ketetapanNya, serta sabar sehingga saat bertemu denganNya,
Hati juga mempunyai keinginan yang besar yang tidak berdaya dihentikan
kecuali bila hanya Allah swt sahajalah yang diinginkan,
Hati juga memiliki kepapaan yang tidak mungkin dicukupi
kecuali dengan cinta kepadaNya, sentiasa berzikir dan ikhlas kepadaNya,
Andai seluruh dunia ini diberikan untuk mencukupi kepapaan itu, niscaya kepapaan itu takkan pernah tercukupi juga
Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat.
Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita
Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya.


Sunday, January 15, 2012

Dia sentiasa ada....



“ jika kau rasa lelah dan tidak berdaya
Daripada usaha yang sepertinya sia-sia
Allah tahu betapa harus engkau sudah berusaha
Ketika kau sudah menangis sekian lama
Dan hatimu masih terasa pedih
Allah sudah menghitung air matamu
Jika kaufkir bahawa hidupmu
Sedang menunggu sesuatu
Dan waktu terasa berlalu begitu sahaja
Allah sedang menunggu bersama denganmu
Ketika berfikir bahawa kau sudah mencuba
Segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi
Allah punya jawapannya
Ketika segala sesuatu menjadi tidak
Masuk akal dan kau berasa tertekan
Allah dapat menenangkanmu
Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan
Allah sedang berbisik kepadamu
Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan
berasa ingin mengucap syukur
Allah telah memberimu rahmat
Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau
Dipenuhi ketakjuban
Allah telah tersenyum padamu
Ketika kau memiliki tujuan untuk
Dipenuhi dan mimpi untuk digenapi
Allah sudah membuka mataku
Dan memanggil dengan namumu
Ingatlah bahawa di mana kau atau
Ke mana pun kau menghadap
Allah SWT maha tahu dan maha mendengar…

Saturday, January 14, 2012

Dalil Pensyariatan Perkahwinan

Surah An-Nisaa': ayat 1


يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ ٱتَّقُواْ رَبَّكُمُ ٱلَّذِى خَلَقَكُم مِّن نَّفۡسٍ۬ وَٲحِدَةٍ۬ وَخَلَقَ مِنۡہَا زَوۡجَهَا وَبَثَّ مِنۡہُمَا رِجَالاً۬ كَثِيرً۬ا وَنِسَآءً۬‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ ٱلَّذِى تَسَآءَلُونَ بِهِۦ وَٱلۡأَرۡحَامَ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَيۡكُمۡ رَقِيبً۬ا (١)

"Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu." (1)

Surah An-Nisa , ayat 3



وَإِنۡ خِفۡتُمۡ أَلَّا تُقۡسِطُواْ فِى ٱلۡيَتَـٰمَىٰ فَٱنكِحُواْ مَا طَابَ لَكُم مِّنَ ٱلنِّسَآءِ مَثۡنَىٰ وَثُلَـٰثَ وَرُبَـٰعَ‌ۖ فَإِنۡ خِفۡتُمۡ أَلَّا تَعۡدِلُواْ فَوَٲحِدَةً أَوۡ مَا مَلَكَتۡ أَيۡمَـٰنُكُمۡ‌ۚ ذَٲلِكَ أَدۡنَىٰٓ أَلَّا تَعُولُواْ (٣) 

"Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): Dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman." (3)

Surah An-Nuur: ayat 32



وَأَنكِحُواْ ٱلۡأَيَـٰمَىٰ مِنكُمۡ وَٱلصَّـٰلِحِينَ مِنۡ عِبَادِكُمۡ وَإِمَآٮِٕڪُمۡ‌ۚ إِن يَكُونُواْ فُقَرَآءَ يُغۡنِهِمُ ٱللَّهُ مِن فَضۡلِهِۦ‌ۗ وَٱللَّهُ وَٲسِعٌ عَلِيمٌ۬ (٣٢)

"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui." (32)

Surah An-Nahl: ayat 72



وَٱللَّهُ جَعَلَ لَكُم مِّنۡ أَنفُسِكُمۡ أَزۡوَٲجً۬ا وَجَعَلَ لَكُم مِّنۡ أَزۡوَٲجِڪُم بَنِينَ وَحَفَدَةً۬ وَرَزَقَكُم مِّنَ ٱلطَّيِّبَـٰتِ‌ۚ أَفَبِٱلۡبَـٰطِلِ يُؤۡمِنُونَ وَبِنِعۡمَتِ ٱللَّهِ هُمۡ يَكۡفُرُونَ (٧٢)

"Dan Allah menjadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri pasangan-pasangan (isteri), dan dijadikan bagi kamu dari pasangan kamu: Anak-anak dan cucu-cicit, serta dikurniakan kepada kamu dari benda yang baik lagi halal; maka patutkah mereka (yang ingkar itu) percaya kepada perkara yang salah (penyembahan berhala), dan mereka kufur pula akan nikmat Allah?" (72)

Surah Yaasin: ayat 36


سُبۡحَـٰنَ ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلۡأَزۡوَٲجَ ڪُلَّهَا مِمَّا تُنۢبِتُ ٱلۡأَرۡضُ وَمِنۡ أَنفُسِهِمۡ وَمِمَّا لَا يَعۡلَمُونَ (٣٦)

"Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya." (36)

Surah Ar-Rum: ayat 21



وَمِنۡ ءَايَـٰتِهِۦۤ أَنۡ خَلَقَ لَكُم مِّنۡ أَنفُسِكُمۡ أَزۡوَٲجً۬ا لِّتَسۡكُنُوٓاْ إِلَيۡهَا وَجَعَلَ بَيۡنَڪُم مَّوَدَّةً۬ وَرَحۡمَةً‌ۚ إِنَّ فِى ذَٲلِكَ لَأَيَـٰتٍ۬ لِّقَوۡمٍ۬ يَتَفَكَّرُونَ (٢١)

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir." (21)

Surah Adz-Dzariyaat: ayat 49



وَمِن ڪُلِّ شَىۡءٍ خَلَقۡنَا زَوۡجَيۡنِ لَعَلَّكُمۡ تَذَكَّرُونَ (٤٩)

"Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya kamu mengingati (kekuasaan kami dan mentauhidkan Kami)." (49)

Surah Luqman: ayat 10



خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ بِغَيۡرِ عَمَدٍ۬ تَرَوۡنَہَا‌ۖ وَأَلۡقَىٰ فِى ٱلۡأَرۡضِ رَوَٲسِىَ أَن تَمِيدَ بِكُمۡ وَبَثَّ فِيہَا مِن كُلِّ دَآبَّةٍ۬‌ۚ وَأَنزَلۡنَا مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءً۬ فَأَنۢبَتۡنَا فِيہَا مِن ڪُلِّ زَوۡجٍ۬ كَرِيمٍ (١٠)

"Dia menciptakan langit dengan tidak bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya; dan Dia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya bumi itu tidak menghayun-hayunkan kamu dan Dia biakkan padanya berbagai jenis binatang; dan Kami menurunkan hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan di bumi berbagai jenis tanaman yang memberi banyak manfaat. "(10)

 Surah Qaf: ayat 7


وَٱلۡأَرۡضَ مَدَدۡنَـٰهَا وَأَلۡقَيۡنَا فِيہَا رَوَٲسِىَ وَأَنۢبَتۡنَا فِيہَا مِن كُلِّ زَوۡجِۭ بَهِيجٍ۬ (٧)

"Dan juga (keadaan) bumi ini, (bagaimana) Kami bentangkan ia sebagai hamparan, dan Kami letakkan padanya gunung-ganang yang terdiri kukuh, serta Kami tumbuhkan padanya pelbagai jenis tanaman yang indah subur? "(7)

Surah Asy-Syu’araa: ayat 7



وَكَذَٲلِكَ أَوۡحَيۡنَآ إِلَيۡكَ قُرۡءَانًا عَرَبِيًّ۬ا لِّتُنذِرَ أُمَّ ٱلۡقُرَىٰ وَمَنۡ حَوۡلَهَا وَتُنذِرَ يَوۡمَ ٱلۡجَمۡعِ لَا رَيۡبَ فِيهِ‌ۚ فَرِيقٌ۬ فِى ٱلۡجَنَّةِ وَفَرِيقٌ۬ فِى ٱلسَّعِيرِ (٧)

"Dan sebagaimana Kami tetapkan engkau hanya penyampai, Kami wahyukan kepadamu Al-Quran dalam bahasa Arab, supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada (penduduk) "Ummulqura" dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya, serta memberi peringatan dan amaran mengenai hari perhimpunan (hari kiamat) yang tidak ada syak tentang masa datangnya; (pada hari itu) sepuak masuk Syurga dan sepuak lagi masuk Neraka." (7)

kenapa manusia selalu kecewa...

kenapa manusia selalu kecewa..ye jawapannya sangat mudah kerana kita mengharapkan selain daripada Allah...
kita berharap pada manusia yang banyak kelemahan dan kekurangan..pernah kita menunggu sesuatu tetapi tidak muncul-muncul...hati tetap kecewa walaupun mulut berkata sabar...pernahkah kita menunggu mesej dari seseorang tetapi tidak juga balas...hati kecewa kerana kita mempunyai expectation yang tinggi bahawa mesej kita akan dibalas...namun sebaliknya yang berlaku...hati sedih, marah dan kecewa...walaupun akhirnya kita tahu bahawa penerima mesej tidak mempunyai kredit untuk membalas..namun kita tetap kecewa kerana kita mengharapkan dia membalas mesej itu...

kurangkan expectation kita pada manusia yang mempunyai banyak kekurangan dan panjatkan permohonan kita hanya pada pencipta manusia itu iaitu Allah yang Esa...
dan lagi satu kita mudah kecewa bila membuat sangkaan yang tidak baik dan sentiasalah berfikiran nigatif..so bergantung pada kita adakah kita suka untuk terus kecewa dan sedih??
tepuk dada tanya iman,,,
kerana yang menentuka jadi atau tidak hanyalah Dia..dan apa sahaja yang terjadi adalah yang terbaik buat kita...wallahua'lam

Friday, January 13, 2012

bila rasa lemah kembali...

kenapa kita kadangkala rasa lemah dan tidak bersemangat...x de motivasi untuk melakukan sebarang perkara..adakah kita telah jauh dari Allah...adakah menandakan Allah tidak sayang dan melupakan kita...rasa sedih bila Allah tidak lagi mengasihi kita..namun itu tandanya Allah mahukan kan kita lebih dekat dengannya...mungkin Allah jua rindukan kita sebagaimana kita rindukannya dan meninggalkan amalan yang mendekatkan kita padaNya..so apa perlu dilakukan...

1. banyakkan beristighfar
2. banyakkan solat sunat dan berzikir
3. bangun malam nak sentiasa melakukan solat taubat,
4. berbakti pada orang dan menggembirakan
5. dan paling penting jalan lupakan amalan membaca al-quran..insyaAllah anda akan berasa kembali bersemangat...
6. reda dgn kehidupan yang dilalui..insyaAllah hati kan tenang..

wallahua'lam :))

kehidupan....

kehidupan ini penuh dengan dugaan, pahit manis..itu la pentas dunia...bila kite bercakap tentang dunia, ia menggambarkan keseronokan...semua orang bebas melakukan apa sahaja didunia....seronok dengan harta, pangkat duit, kuasa, pujian..namun semua itu hanya didunia...hakikatnya jangan kita lupa satu lagi kehidupan yang abadi iaitu akhirat...kehidupan selepas didunia...jika dapat menguruskan dunia kita dengan baik...insyaAllah akan selamat la kehidupan kita disana nanti....didunia...tiada ada keadilan yang hakiki, yang betul terus diprsalahkan, ditindas yang salah terus bebas tanpa dihukum...ye hukum dunia tiada sape yang boleh menjamin keadilan namun segalanya akan terbela disana nanti...wallahualam

Wednesday, January 4, 2012

persahabatan...


Sahabat…
Terima kasih kerana menjadi sahabatku…
Mengenalimu satu anugerah dalam hidupku…
Kenangan manis memori bersama kita…
Tawa, tangis, suka duka bersama..
Mengharungi hidup penuh ujian…

Sahabat…
Kini kita Berjaya menggengam segulung ijazah..
Tidak dapat kucapai tanpamu disisiku…
Sokongan dan doronganmu menjadi kekuatan buat diriku..

Sahabat…
Kini perpisahan terjadi….
Menjalani hidup tanpamu disisiku…
Namun doamu kuharapkan dalam mengharungi hidup ini…
Doakku Berjaya didunia dan diakhirat, dan
Dirimu jua sentiasa dalam doaku..
Moga persahabtan kita kekal selamanya…
Menjalin kasih sayang hanya kerana Allah…