Wednesday, January 18, 2012

qalbu...


http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTrL1QXRehRGvUbM_IBPuskFPykREMzUEn8sFC6pWFV9w9w8-7Jmw&t=1Sungguh hati itu mempunyai keresahan yang tidak dapat dihaluskan
kecuali dengan kembali menghadap kepada Allah,
Hati juga mempunyai rasa terancam yang tidak dapat dihilangkan
kecuali dengan suasana intim dan dekat dalam bersendirian bersama Allah,
Hati juga mempunyai kesedihan yang tidak mampu diusir
kecuali dengan rasa bahagia yang muncul dari ma'rifah kepada Allah dan hubungan yang baik denganNya,
Hati juga mempunyai kegelisahan yang tidak  ditenangkan
kecuali dengan berhimpun kepada Allah dan lari mendekat kepadaNya,
Hati juga mempunyai api yang membakar yang tidak boleh dipadamkan
kecuali dengan redha terhadap perintah, larangan, ketetapanNya, serta sabar sehingga saat bertemu denganNya,
Hati juga mempunyai keinginan yang besar yang tidak berdaya dihentikan
kecuali bila hanya Allah swt sahajalah yang diinginkan,
Hati juga memiliki kepapaan yang tidak mungkin dicukupi
kecuali dengan cinta kepadaNya, sentiasa berzikir dan ikhlas kepadaNya,
Andai seluruh dunia ini diberikan untuk mencukupi kepapaan itu, niscaya kepapaan itu takkan pernah tercukupi juga
Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat.
Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita
Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya.


No comments:

Post a Comment