Wednesday, May 30, 2012

Nasihat al-Qamah: Lima cara pilih sahabat


daripada seorang sahabat...

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya,
dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu,
dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu,
dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu,
ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna,
dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi,
jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu,
dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja.
Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya,
dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

"sampaikan! lah walau satu ayat" al hadis LAA HAULAWALA QUWWATAILLA BILLAH

Tuesday, May 29, 2012

ya Allah.....


Aku datang bersujud dihadapan-Mu,
Sucikan hatiku ya Allah, sehingga dapat melaksanakan kehendak dan rencana-Mu dalam hidupku.

Ya Allah, jika tulang rusukku bukan miliknya,
Janganlah biarkan aku merindukan kehadirannya.
Janganlah biarkan aku melabuhkan hatiku di hatinya.
Kikislah pesonanya dari pelupuk mataku
Dan usirlah dia dari relung hatiku.
Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini dengan kasih dari dan pada-Mu yang tulus dan murni.
Tolonglah aku menguruskan perasaan ini sebaiknya.

Namun jika Kau ciptakan dia untuk ku, ya Allah,
Tolong satukan hati kami.
Bantulah aku untuk mengasihi, mengerti dan menerima dia seutuhnya.
Berikanku kesabaran, ketabahan aku memahaminya.
Berikan aku kesabaran, ketekunan, dan kesungguhan untuk memenangkan hatinya.
Begitu jua dia agar dia juga mengasihi, mengerti dan mahu menerima diriku
Dengan segala kelebihan dan kekurangan ku sebagaimana aku yang telah Kau ciptakan.
Yakinkanlah aku dan dia bahwa kami sungguh-sungguh mengasihi dan rela membahagi suka dan duka bersama.

Ya Allah yang Maha Pengasih, dengarlah doa hambamu ini.
Lepaskanlah diriku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendak-Mu.

Ya Allah Yang Maha Kekal, Ya Wajid aku tahu Engkau senantiasa memberikan yang terbaik buat diriku. Menemukanku dengan dirinya.
Luka, sedih, kesunyian dan keraguan yang aku alami pasti ada hikmahnya.
Dugaan ini mengajar diriku untuk hidup makin dekat pada-Mu,
untuk lebih peka terhadap suara-Mu yang membimbing aku menuju terang-Mu.
Ajarlah diriku untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan.
Jadilah kehendak-Mu dan bukan kehendak ku yang jadi dalam setiap bahagian hidup ku, ya Allah...
Amin...

Tuesday, May 1, 2012

Pesan Lukmanul hakim...


Assalamualaikum…

Diriwayatkan oleh para tabi'in bahawa sebuah kisah Luqmanul Hakim berjalan bersama anak lelakinya berserta seekor keldai peliharaannya.
Berkata Luqmanul Hakim kepada anaknya
"Anakku, kita akan melintasi 4 buah pekan yang berlainan. Maka perhatikanlah apa yang diperkatakan oleh para penduduk pekan..."

Pekan pertama
Luqmanul Hakim berjalan kaki manakala anak lelakinya pula menunggangi keldainya. Tatkala memasuki pekan pertama, telah berkata para penduduk pekan tersebut
"Alangkah teruknya si anak muda itu!! Dia telah membiarkan si tua itu berjalan kaki, manakala budak muda itu pulak menunggang keldai. Apakah anak itu tidak takut balasan Allah terhadap anak derhaka?? Kejam sungguh anak muda itu!!"

Pekan kedua
Oleh kerana kritikan penduduk pekan pertama, maka Luqmanul Hakim pulak yang menunggang keldai, manakala anaknya pula berjalan kaki. Tika mereka melintasi pekan kedua, berkata pula para penduduk pekan kedua
"Alangkah kejamnya si bapak budak itu. Dia membiarkan anaknya itu berjalan kaki manakala dia pula bersenang lenang menunggang keldai. Tidak ada perasaan kasihan langsung! Malang sungguh anak itu."

Pekan ketiga
Disebabkan kritikan penduduk pekan kedua, maka kedua anak beranak itu membuat keputusan untuk menunggang keldai mereka. Ketika melintasi pekan ketiga, telah berkata para penduduk pekan ketiga
"Alangkah kejamnya mereka terhadap keldai itu. Mereka sudah tahu keldai itu membawa barang, lalu dibebani pula dengan mereka berdua. Mereka adalah manusia yang tidak berhati perut langsung!! Kejam terhadap binatang!!"

Pekan keempat
untuk mengelakkan mereka dikritik, Luqmanul Hakim & anak lelakinya memutuskan untuk berjalan kaki bersama-sama beserta keldai mereka. Apabila memasuki pekan terakhir, telah berkata para pendudk pekan keempat
"Alangkah bodohnya mereka itu. Tidakkah mereka tahu bahawa Allah telah menjadikan keldai untuk tunggangan? Sesungguhnya mereka berdua adalah orang yang bodoh & tidak pandai menggunakan nikmat Allah"

Sesudah itu, berkata Luqmanul Hakim kepada anaknya
"Wahai anakku, perbuatlah apa yang pada kamu rasa ia adalah terbaik untuk kamu selagimana ia dalam syariat kerana sesungguhnya manusia ini penuh dengan syak wasangka yang buruk"



"Hiduplah secara mulia, berjihadlah kamu kepada Allah dan matilah secara terhormat"

Emm banyak pengajaran yang dapat kita ambil dari cerita ini…

Hakikat Kehidupan...


Sentiasa bersyukur dengan rahmat dan ujian yg Allah beri. Kita perlu fikir setiap hikmah dlm setiap dugaan yang Allah berikan. Sentiasa bermohon diberi hati yang kuat utk hadapi ujian tersebut, sebab kita manusia biasa yang tidak sempurna. Yang boleh hadapi ujian dgn cara yang paling tenang. Sentiasa bermohon pada Allah diberi petunjuk setiap kali ditimpa musibah dan kesakitan kerana hanya dia yang memahami hati ini, kerana Dia yang menciptannya dan hanya padaNya penawarNya..